Unit SPBT


  • Unit SPBT SKTP.....


                  Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, PProgram ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan  Agama Islam Negeri.

                   Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti perpaduan masyarakat, Rukun Negara, masyarakat penyayang dan Wawasan 2020.

                 Buku teks ditulis berdasarkan kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP), Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) atau Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu




  • Pakej Buku Teks


1.  Buku Teks

Buku teks yang digunakan oleh murid sebagai buku yang diperakui oleh KPM dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

2.  Buku Aktiviti

Buku aktiviti digunakan di sekolah rendah tahap 1. Buku ini dikatwgorikan sebagai `buku pakai terus' yang digunakan oleh murid dalam proses pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Murid boleh mencatat jawapan pada buku aktiviti tersebut.

3.  Cakera Padat

Cakera padat (CD) ialah bahan sokongan kepada buku teks bagi beberapa pelajaran tertentu.



  • Syarat-syarat kelayakkan SPBT
Semua murid warganegara Malaysia layak menerima pinjaman buku teks.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007

``Kerajaan Malaysia telah bersetuju melaluli rang undang-undang perbekalan (2008) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 September 2007 supaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperluas kepada SEMUA MURID WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilanagan anak yang layak di SEMUA SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008.




  • Peraturan penggunaan Buku Teks.



  1. Murid mesti menulis nama, tahun dan kelas dalam ruangan yang disediakan pada kulit buku teks.
  2. Setiap murid wajib membalut buku teks menggunakan pembalut lutsinar.
  3. Menjaga keselamatan buku teks. Murid tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain. Sekiranya berlaku buku-buku teks tersebut akan dirampas dan denda perlu dibayar kepada pihak SPBT semasa murid menuntut semula buku tersebut. 
  4. Buku teks tidak boleh di conteng dan dirosakkan.
  5. Membawa buku tejs ke sekolah mengikut jadual waktu.
  6. Mengganti buku teks yang rosak teruk atau hilang dengan kadar segera.
  7. Memulangkan semula buku teks pada hujung tahun.



  • Perpindahan dan pertukaran murid.
-Perpindahan dalam negeri dan antara negeri.

Murid-murid dikehendaki membawa bersama-sama :
  1. Buku teks
  2. Buku aktiviti
  3. Surat iringan dari sekolah

-Pertukaran murid ke sekolah swasta.

Murid dikehendaki memulangkan semua buku teks SPBT di sekolah asal.

-Pertukaran murid Sekolah Kebangsaan (SK) ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) atau sebaliknya.

Murid perlu memulangkan buku teks di sekolah asal kecuali bagi buku yang sama penggunaannya.



  • Peminjaman dan Pemulangan buku teks.

Semua murid yang menerima pinjaman buku teks SPBT mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan memulangkan buku teks yang dipinjam pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.


No comments:

Post a Comment