::: PELUPUSAN BUKU TEKS :::
- 12 September 2019 (Khamis) -
::: PELANCARAN PETI BUKU :::
- 25 April 2019 (Khamis) -
::: WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SPBT :::
- 4 Mac 2019 (Isnin) -
::: PROSES COP BUKU TAHUN 3 :::
- 31 Disember 2018 (Isnin) -
::: PROGRAM SALAM KASIH :::
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019
- 29 Disember 2018 (Sabtu) -
:::Dari ALBUM SPBT:::
TaMaN SPBT, SK Telok Pulai
Taman SPBT telah di usahakan dari tahun 2009. Gambar di bawah semasa tahun 2010.
Tadaaa.... tahun 2012 taman SPBT subur menghijau.....
Kami dibantu oleh Kak Faridah dan Kak Shima ( Pekerja sekolah) yang menjaga taman nih.....
Gambar Taman SPBT yang terkini.... 2014....
::: Dari ALBUM SPBT:::
SISTEKS
SISTEKS... kami pernah bangunkan pada tahun 2008... semua buku SPBT kami berjaya meletakkan bar kod.... Namun begitu disebabkan peralatan yang kurang mencukupi... kami tidak dapat meneruskan system ini sepenuhnya... Namun kami sedang mencuba dari masa ke semasa.
Yang kat atas tuh Cikgu Nurul Huda... Dia merupakan Juru Latih Utama SPBT Daerah Klang....
e-MATEKS
Cikgu Nurul Huda menerangkan penggunaan e-MATEKS kepada semua jawatankuasa SPBT....
:::Dari ALBUM SPBT:::
Laman SPBT
Cikgu Azrin, Cikgu Zawiyah dan pakcik Kamal membantu kami membuat Laman SPBT....
Terima Kasih.... Bantuan yang diberikan sangatlah kami hargai....
:::Dari ALBUM SPBT:::
Pelupusan buku SPBT
Setelah permohonan pelupusan diluluskan... Syarikat pelupusan yang dilantik akan datang ke sekolah untuk mengambil buku-buku teks yang hendak dilupuskan.
Setiap tahun unit SPBT akan membuat permohonan pelupusan buku teks yang tidak digunakan lagi. Pada tahun 2013 cara pelupusan buku teks sedikit berubah. Permohonan pelupusan di kemukakan kepada Arkeb Negara melalui PPD Klang. Setelah mendapat kelulusan dari pihak Arkib Negara, Unit SPBT boleh memilih cara-cara pelupusan. pada tahun 2014 Unit SPBT memilih untuk dirincih. Unit SPBT dibantu oleh ahli-ahli Kelab SPBT merincih atau mengoyak buku-buku tersebut menjadi cebisan sebelum dibuang.
:::Dari ALBUM SPBT:::
::: OPSSS Buku Teks :::
Setiap awal tahun... Guru SPBT akan memberi taklimat penjagaan buku teks dengan baik.
Setiap awal tahun... Guru SPBT akan memberi taklimat penjagaan buku teks dengan baik.
Jawatankuasa guru dan ahli Kelab SPBT akan membantu Unit SPBT SKTP untuk memeriksa buku teks di tangan murid-murid dalam keadaan yang mencukupi, baik dan dibalut dengan pembalut lutsinar.
Selain itu semua ahli kelab SPBT dilantik sebagai agen aktif untuk membantu unit SPBT dalam penjagan buku teks di tangan murid.
:::Dari ALBUM SPBT:::
PEMANTAUAN BOSS
Bilik Operasi SPBT SK Telok Pulai telah beberapa kali di lawati oleh pemantau..... antara yang berkesempatan kami rakamkan......
1. Pemantauan Pengurusan SPBT Cemerlang kategori 1 Bay....(2013)
2. Pemantauan pelupusan buku teks SPBT (2013)
3. Pemantauan Pengurusan SPBT Cemerlang tahun 2011.
4. Pemantauan oleh Guru Besar, SK Telok Pulai Pn Hajah Rozita Bt Haji Sulaiman. (2014)
5. Pemantauan Pengurusan SPBT Cemerlang Kategori 1 bay (2014)
Kami juga telah menerima lawatan dari guru-guru SPBT SK Sungai Kapar Indah. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi manfaat dan jalinan ukhwah bertambah erat.
:::Dari ALBUM SPBT:::
Menerima bekalan buku baru daripada pembekal....
Guru SPBT akan menerima bekalan, mengira bilangan buku yang diterima dan menyimpan buku-buku tersebut ke dalam BOSS
Setelah bekalan buku baru diterima.... buku-buku tersebut diproses.... biasanya memproses buku baru ini dijalankan semasa gerko kelab SPBT.....
:::Dari ALBUM SPBT:::
Di Majlis Gemilang Ko-kurikulum SK Telok Pulai...
:::Dari ALBUM SPBT:::
BOSS hampir di serang anai-anai.....
Dengan bantuan Pak Cik Kamal... anai-anai dapat di nyah kan dari BOSS...
Alhamdulillah bubu-buku SPBT dapat diselamatkan.....
Laporan telah di buat.....
:::Dari ALBUM SPBT:::
BAIK PULIH BILIK BOSS
Pada awal tahun ini.... Bilik SPBT telah diserang anai-anai, terdapat beberapa kerosakkan di bingkai tingkap dan rak buku teks. Keadaan rak buku teks juga telah uzur.Ada bahagian yang sudah reput dan mula bergoyang, Oleh yang demikian Pn Hajah Rozita Bt Haji Sulaiman, Guru Besar SK Telok Pulai telah mencari peruntukan dan sumbangan untuk menukar rak yang baru dan diperbuat daripada besi.
Pakcik Kamal membantu kami memotong rak kayu tersebut.
:::Dari ALBUM SPBT:::
RAK BARU BUKU TEKS SPBT
Unit SPBT telah mendapat rak buku teks SPBT yang baru kerana rak yang lama telah mula bergoyang, reput dan sebahagian kecil dimakan anai-anai. Memandangkan keadaan rak yang semakin tidak kukuh dan selamat, Pihak sekolah telah menempah rak buku teks SPBT yang baru. Seterusnya kerja-kerja mengecat dan melabel rak dilakukan pada bulan Mac yang lalu.
::: Maklumat dan cogankata berkaitan buku teks :::
:::Dari ALBUM SPBT:::
Mural di Laluan SPBT.....
Semoga mesej melalui mural ini sampai kepada murid-murid SKTP....
:: 2015 ::
BOSS SKTP
:: 2015 ::
BOSS SKTP
Guru SBTP SKTP.... Cik Nurul, Pn Afida dan Pn Halisa....
Selamat datang ke BOSS SKTP
Laman SPBT, Laluan SPBT dan BOSS SKTP 2015
Persediaan menghadapi pemantauan BOSS SPBT Cemerlang kategori 1 Bay 2015...
No comments:
Post a Comment