Thursday, September 25, 2014

BOSS SKTP...

CARTA ORGANISASI SPBT

SK TELOK PULAI 


                                              


2016



2015


2014



PENGURUSAN SPBT PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH

2016



2015



2014


SEJARAH SEKOLAH DAN BOSS SKTP

SEJARAH SEKOLAH


             Sk Telok Pulai Klang telah ditubuhkan pada 4 Jun 1987 dengan nama asalnya Sekolah Kebangsaan Sungai Bertek. Sekolah ini terletak kira-kira 5 km dari Bandar Diraja Klang.          Di awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 224 orang murid dan 9 orang guru yang dipindahkan dari Sekolah Kebangsaan Telok Gadong.          

                 Sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhammad B Mohd Taib, Menteri Besar Selangor pada 15 September 1990.          Pada tahun 1991 sekolah ini telah dianugerahkan SEKOLAH HARAPAN NEGARA KATEGORI LUAR BANDAR. Sekolah ini dinaik taraf ke sekolah gred A pada 1 November 1993. Di sekitar tahun 90an, sekolah ini sering menjadi tumpuan pelawat dari dalam dan luar Negara.         
                   
                Tahun silih berganti, SK Telok Pulai terus mengalami beberapa perubahan. Blok C telah dibina pada tahun 1994 bagi menampung pertambahan murid di sekolah ini. Makmal ICT telah dibina pada tahun 2001. Surau Al-Falah telah dinaik taraf dan Dewan Terbuka Syed Putera  telah dirasmikan pada tahun 2007.          Sekolah Kebangsaan Telok Pulai seterusnya telah dianugerahkan Anugerah Khas Tawaran Baru kepada Guru Besar 2011 dan Anugerah Peningkatan peratus dan GPS UPSR 2011 daerah Klang.



SEJARAH BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH        

  

                   Seiring dengan penubuhan Sekolah Kebangsaan Telok Pulai pada 4 Jun 1987. unit pengurusan buku teks dahulunya dikenali sebagai Unit Skim Pinjaman SPBT Sekolah telah diwujudkan bagi membantu agihan buku teks kepada murid-murid.         


                   Diawal penubuhan sekolah ini, sebuah bilik bersaiz 1 bay telah diperuntukkan untuk menyelia pengagihan buku-buku teks di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia. Seorang guru penyelaras telah dilantik untuk menyelia agihan buku-buku teks tersebut.          Bilik SPBT ini terletak di tingjat 1 bangunan blok C. Keadaan bilik ini bersih dan kemas di bawah kendalian beberapa orang guru penyelaras SPBT yang silih berganti. Sebuah lagi bilik yang berukuran sama telah diperuntukkan kepada unit SPBT sebagai bilik pelupusan buku-buku SPBT.         


                    Bermula tahun 2007, bilik SPBT telah dinaik taraf sebagai Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS). BOSS bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang. 









               Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah ini telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

                      Tempat simpanan buku teks yang terurus adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS Sk Telok Pulai ini dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan dan dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

                      Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, pihak kami sentiasa berusaha menguruskan BOSS dengan efisyen.  BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. BOSS Sk Telok Pulai mempunyai kemudahan asas seperti berikut :


  • Rak buku
  • Meja dan kerusi
  • kipas
  • Alat Pemadam Api
  • Kawalan haiwan / serangga perosak
  • Kabinet / almari fail
  • Papan kenyataan 
  • Kaunter 
  • Peti kecemasan









VISI DAN MISI BOSS


VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN 
YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
1